Tuesday 26 April 2011

Hari ke-bodoh-an via Taiping

TAIPING,
25/04/2011
Isnin - Perancangan 'road trip' yang diusulkan pada asalnya untuk pergi ke Penang, malangnya ada beberapa perserta berada dalam keadaan "mental tidak fit", jadi haluan 'road trip' telah beralih arah ke Taiping bagi perserta yang hanya berada dalam keadaan "mental fit". Persinggahan pagi di kedai pak hassan pekena roti canai dan teh tarik dulu, 'road trip' diteruskan dengan menaiki proton iswara berwarna hijau sambil diduduki oleh 5 jejaka yang berwibawa terdiri daripada zaahir, azam, am, puang dan angah. Persinggahan pertama di stesen minyak BHP untuk mengisi minyak dan bahan penjimatan minyak sambil kereta digoncang-goncang oleh angah, memang paling jimat sekali minyak LOL. Azam berjumpa dengan gadis bunga-bunga petrol pam, memang gadis ini "sangat lawa" LOL. Seterusnya simpang 3 trong antara laluan ke beruas dan laluan ke taiping, angah telah membuat keputuasan tanpa menggunakan akal dan bertanya rakan-rakan lalu memilih simpang kanan yang menghala ke beruas serta terus singgah dikedai minachi sebelah jalan raya seraya berkata 'ok kita dah nak dekat sampai ni, g la beli pape makanan dulu', ke-noob-an angah memang terserlah sebab trong bukan nya taiping dan bukan nya nak pergi mandi dekat beruas, nak pergi mandi dekat taiping, 'slow ass' betol la angah ni LOL. Berhenti solat zohor di masjid terong sebentar dan meneruskan 'road trip' ke taiping. Taiping bandar warisan, akhir nya sampai jua disana. 


Di taiping ternampak sepaparan banner yang tertulis taiping central dan ada gambar pokok, lalu dengan konfiden nya zaahir bertanya 'eh, name taiping tu asal dari name pokok ke?', kene gelak sudah disebabkan ke-noob-an diri LOL. Perjalanan didaerah taiping kami melalui jalan-jalan bandar warisan lalu jatuh titisan air hujan dan membasahi bumi, begitu lebat air hujan mencurah-curah dibandar taiping, kecawa hati ini. Melalui jalan penjara taiping dan jalan sekolah dimana anak-anak kecil balik sekolah, begitu seronok mereka bermain hujan, jalan sesak, tiba-tiba angah ternampak gadis sekolah didalam bas sedang 'feel' lentok menganggok-angok tidur, memang kene gelak la si gadis sekolah noob itu LOL. 


Melalui jalan yang hampir tapi tidak berapa hampir dengan air terjun burmese pool, disitu terdapat banyak pokok yang sangat-sangat rendang tapi tidak berbuah serta beliku-liku dahan nya, zaahir menghulur jari kearah sebatang pohon pokok yang cantik dan rendang seraya berkata 'pokak ini lawa!', zaahir cuba untuk cover kembali tapi malang angah telinga macam haram laju tangkap apa yang dicakapkan, disitulah bermula hari ke-bodoh-an, POKOK tukar POKAK sudah, memang bodoh la LOL. Angah, azam, puang, am gelak terbahak-bahak disebabkan kebodohan percakapan yang tanpa berfikir panjang dan keluar secara sepontan LOL. 


Hujan telah reda dan pergerakan diteruskan menuju ke air terjun burmese pool, parking kereta dan mendaki bukit untuk menuju ke port yang syok, malang air sungai berada dalam keadaan air teh tarik, rugi azam bayar parking RM2 sebab parking tak sampai10 minit sudah mahu berambus kerana kecewa. Tapi di burmese pool kami ternampak lurah jubor mak indon yg sedang bercangkung konon-konon 'hot' tanpa menghiraukan orang sekeliling sambil makan durian, ada pulak sorang pak cik khayal memberi renungan maut tanpa menoleh kekanan dan kekiri sambil menikmati pemandangan indah lurah jubor mak indon itu LOL. 


Taman tasik swan taiping menjadi persinggahan untuk lokasi yang seterusnya tapi sebelum itu roandaan dibuat dibulatan zoo taiping untuk melihat signboard zoo taiping LOL.



Mencari parking di taman tasik swan taiping, disebabkan oleh ke-lembab-an am, angah telah parking di tempat yang sangat jauh. Oh sebelum jumpa parking zaahir ternampak signboard had laju yang menyatakan 30 km/h lalu berkata 'weh angah! ko bawak kete ikot la had laju, tu ha die cakap 30 darjah je leh bawak', ni baru, 30KM/H jadi 30 DARJAH, memang bodoh la LOL.  



Capture pertama di lintasan kuda belang, gambar ni ala-ala The Beatles, tapi agak berterabor jugak la kami berjalan, azam ingat dia boleh betulkan supaye jalan lebih smart, lalu azam pon berkata 'kita jalan la bagi selari baru setantik', aik! SETANTIK pon ada? memang bodoh la LOL. 




Menapak pula ditepian tasik sambil makan kacang dan keropok kacang peas.




Caption-caption indah diambil semasa manapak, lepak pula di tempat ala-ala jeti tapi tak berapa nak jeti pon, entah apa nama pon tak tahu dan terpacak dua batang tiang yang ada tertera tahun 1910 dan 1935, zaahir dengan selamba menunding jari kearah tiang tersebut dan berkata 'ha tiang sebalah ni tahun 1935, tiang lagi satu tahun 1990', am dengan puang dengar pulak, siap la kena bahan, sekarang ni tahun 1910 disebut 1990 pulak, memang bodoh la LOL. 


 


Menapak dan menapak lagi sampai ke taman permainan kanak-kanak, cuaca agak terik, jubor angah dah berpelincir katanya, zaahir pulak dah macam mandi peluh, yang lagi 3 tu acah-acah steady je. Tiba-tiba am suruh angah snap gambar dia dekat satu pondok atap 3 segi, pose am dah macam patung pon ada duduk bawah bumbung 3 segi, memang kelaka la LOL. 


Di taman permainan ini la banyak capture-capture indah, comel dan sweet diambil. Bermula dengan capture di atas buaian, seronok sangat zaahir, am ,azam dan puang menghayun buaian sambil membuat bunyi 'hee.. huu.. wee.. huu.. hee.. hoo.. wuu.. hoo..', seronok sangat dapat main buaian, kalah kanak-kanak kecil LOL. Angah pulak jadi fotografer di bawah pancaran sinar cahaya matahari yg agak terik, tapi buat selamba saja, nak snap gambar punya pasal, cutting-cutting fotografer profesional LOL. 



Lepas main buaian, menapak pulang ke kereta, tapi sebelum pulang am berkata 'dulu zam dengan aku mak makan fat burner tu yang lahir-lahir je kurus, zaahir lak mak makan weight gain tu yang badan gemok je haha' tiba-tiba angah menyampok dan berkata 'weh-weh weist gain, am cakap weist gain doh haha', noob-noob je angah ni, nak betulkan am tapi dia yang salah, WEIGHT GAIN tukar WEIST GAIN, memang bodoh la LOL. Snap paling indah diambil semasa azam memanjat belakang puang, zaahir pula menajat belakang azam dan am memanjat belakang zaahir, itu lah snap paling ceria, senyuman terukir diwajah. 


Lalu pula dibawah sebatang pohon, am berkata 'wah ini baru ni, lain macam je tonggol ni', zaahir, angah, puang, azam serentak menyebut tonggol!, berdekah-dekah gelak sampai puang terduduk la kejap atas jalan LOL, TUNGGUL tukar TONGGOL, memang bodoh la LOL. Jalan-jalan nak sampai ke kereta, am berkata lagi 'hari ni semue cakap nak salah je haha, tu hari zaahir dah la cakap salah, burung ape die ckp tu? burung belande kan?', nak bahan orang tapi dia salah jagak, padahal zaahir cakap salah burung turky, am tukar sudah AYAM BELANDA jadi BURUNG BELANDA, memang bodoh la LOL. Sebelum naik kereta nampak pulak kura-kura malu ditepi jalan, comel-comel je. 


Kuala sepetang, 'road trip' diteruskan ke kuala sepetang pula untuk menikmati mee udang yg konon nya femes di sana. Restoran mak jah menjadi pilihan, jauh kedalam,lebih kurang 15 km dari taman tasik swan taiping. 



Sampai disimpang restoran mak jah, nampak macam tutup saja tapi nasib ada gadis-gadis yang biasa-biasa saja sedang berseloroh, angah bertanya 'nak tanya, skang ni dah bukak ke?', sorang gadis menjawap 'eh lame dah bukak,datang je la', gaya-gaye loya buruk.Singgah solat asar dulu di surau depan restoran mak jah, ade pulak kereta exora, snap skali LOL. 



Duduk direstoran mak jah, azam, zaahir, puang, angah order mee udang biasa, harga RM7, mee udang special harga RM11, beza biasa dengan special udang besar dengan udang kecik saja, macam noob-noob je. Am pulak order nasi goreng udang biasa, yang rare nya nasi letak dalam mangkok bentuk perahu, RM7 juga harganya. Makanan dinikmati kerana azam, am, angah ,zaahir, puang masing-masing perot dalam kelaparan. 




Tengah syok-syok makan ada pulak sorang pak cik tua jual ubat krim panas halia. Pak cik tua datang duduk sebelah am lalu berkata 'nak meh cube krim halia ni, same je ngan krim mustajab, pakai mula-mula tak rasa, nanti tunggu lama sikit dia panas, semue budak-budak bola kawan cucu pak cik pakai krim ni, nak cuba, cuba xkena bayar pon, cuba je la nak oi', azam dengan am bertelagah sebab takut nak mencuba 'ko pakai la am, pak cik tu bagi, ko la pakai dulu zam, nak taku ape, pakai je la, ala ko amik je la sapu, pakai je la am', memang bodoh la nak pakai krim halia tu pon bertelagah, last-last semua sapu LOL. Pak cik bertanya pula 'nak ni dari mane, belajar mana?', azam jawab 'dari lumut, belajar dekat unikl', pak cik berkata 'oo, cucu pak cik ada mintak 5 universiti, baru satu je yang panggil interview', zaahir, angah, am, puang, azam hanya mengangguk. 

Lama pak cik tu lepak sebelah am, tiba-tiba pak cik tu cakap dengan am 'nak mintak 1 batang rokok boleh?', am berkata 'amik la pak cik', pak cik berkata 'terima kasih'. Zaahir dengan selamba tidak boleh menahan gelak, terus gelak depan pak cik tu sambil cover dengan kain dimuka, memang sangat kelaka am kena pau rokok dengan pak cik tua sebab tak beli krim halia LOL.


Pak cik krim halia teros berangkat pergi ke maja lain lepas kena gelak, zaahir memang tak ada adab LOL. Am trauma sebantar, nampak pak cik tu berkeliaran je terus am simpan rokok dalam kocek, takut kena pau lagi LOL. Ok, mee udang mak jah, tak la sedap mana pon, biasa-biasa saja, mee dah la tak rebus betul siap berketul-ketul lg, noob la mak jah, dalam paper tulis 'mee udang mak jah baik punya' tapi ini noob-noob je. Memandu pulang ke destinasi asal, dalam perjalanan zaahir berkata kepada angah 'weh angah, ko bawak kete tu kene la considen sikit', kene gelak sudah, puang bantai pulak dengan suara lantang berkata 'mu ni memang bodoh, hari ni hari bodo mu la, noob la haha', KONFIDEN tukar CONSIDEN, memang bodoh la LOL. Melalui bandar vintage taiping untuk terus pulang, semue yang vintage puang snap, vintage la katakan LOL.


Pergerakan pulang dari 'road trip' taiping agak sunyi kerana azam, angah, zaahir, puang ,am sudah penat bergelak ketawa kerana ke-bodoh-an masing-masing. Azam lentok awal, kaki kalau boleh nak lutut muka sendiri, am pula lentok mulut nak ternganga. Tinggal la zaahir, angah dan puang melayan keindahan suasana perjalanan pulang, tapi mata masing-masing kuyu saja, angah berkata 'mata ko zaahir same je kan kalau celik ngan ngantok, xde beze', LOL. 

Kepenatan perjalanan terasa, kecerian menjadi pengubat semua.



STARRING

PUANG

AZAM

ZAAHIR

AM

ANGAH


TAMAT

2 comments:

boneka said...

terbaik laa...

AhMad FieTrie said...

mee udang > mahal ja lebih.. layan..

Post a Comment