Wednesday 22 February 2012

Azura 2012

Seperti yang telah sedia maklum bahawa filem Azura 2012 telah ditayangkan pada 2/2/2012 di Malaysia, Singapore and Brunei. Diarahkan oleh Aziz M.Osman. Dibintangi oleh Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki, Erma Fatima dan yang lain-lain. 


Trailer filem Azura 2012




Secara official-nya aku telah terjebak menonton filem Azura 2012 ni dekat GSC One Utama pada 11/2/2012. 




Tiket menjadi bahan bukti LOL!


Aku pun tak tahu macam mana aku boleh ada keinginana nak tengok cerita ni, sebab sebelum-sebelum ni aku memang kurang tengok cerita melayu dekat panggung, ada la 2 atau 3 kalai aku tengok cerita melayu dekat panggung tapi yang selebihnya aku tengok cerita melayu dekat laptop saja. Mungkin keinginan nak tengok cerita ni datang pabila melihat tweet akak Poo [bukan nama sebenar] yang menawarkan tiket free yang berbunyi lebih kurang begini 


"ada 18 lagi tiket free Azura 2012 untuk di let-go, sesiapa yang berminat sila la reply tweet saya"

Tambahan pulak peminat "luar biasa" Neelofa memanjang tweet dekat dia cakap cerita Azura best gila la apa la, meleleh air mata la, terbaik la dan macam pujian lagi, maka itu mungkin menjadi 1 dorongan bagi aku untuk menonton jugak. Aku pulak tengah bosan tahap mengundang masa tu, so terus la reply tweet akak Poo tanpa rasa bersalah yang berbunyi lebih kurang begini:


 "weh Poo, aku nak 1 tiket, save untuk aku ye"

Beberapa ketika kemudian akak Poo reply tweet aku balik yang berbunyi lebih kurang begini:

"ko siyes ke weh, kalau siyes aku simpankan tok ko"

Aku selamba la reply balik dengan bunyi yang begini lebih kurang la:

"ye aku siyes, ko simpankan untuk aku 1"

Maka akak Poo pun terus la simpan tiket untuk aku, dalam masa yang sama si kepit Own [bukan nama sebenar] pun nak tengok jugak Azura 2012 ni, terus aku ada geng laki nak tengok sama. Tapi sebenarnya macam tak percaya jugak yang aku ni akan menonton filem Azura 2012 tu, macam dalam mimpi je rasa. tapi tak mengapa lah sebab kalau dah berjanji kena ditepati kalau tak nanti kena menganjing pulak kan.Itu yang kita nak cuba amalkan dan elakkan. TEPATI JANJI DAN ELAK DIHANJING

Hari tontonan tiba, ingatkan dapat tiket free je tapi dapat pop-corn dengan cd OST Azura jugak la gila


Kami menang Azuraaa! dah macam kami menang motor iklan Power root dah, so LOL! 

Start je filem Azura 2012 maka mula lah pembicaraan. Starting cerita Azura 2012 terus dengar makian coz dah macam cerita Disneyland yang manamplikan Neelofa / Azura yang sexy sambil berbaring bersama patung monyetnya mengejar bintang, tak tahu la sama ada dia berangan nak jadi angkasawan atau apa kan tapi memang cartoon habis la. Perjalan cerita dia macam biasa la mengisahkan kehidupan antara dua darjat, satu miskin dan lagi satu kaya gila kalah toke balak. Tapi yang penting cerita dekat Paris, jangan main gila la kan, kawin pun dekat paris jugak siap ada silat tu yang tak faham tu, tapi bagus jugak la kan ada la budaya melayu bawak ke negara orang, good job! 


Paris kan, Eiffel Tower kot belakang tu, korang hado? 

Babak yang menarik dalam filem Azura 2012 bila camre tunjuk gambar Aflin Shauki dengan Dr.Rozmey, cendawan-cendawan dia pun dapat masuk filem Azura 2012 la gila. lagi satu gambar fotoshop Ogy Mat Daud dengan Faiza husin dekat Mekkah, memang paling awesome cakap dekat korang LOL!. Tapi malangnya gambar diorang tak jumpa dalam google image la jadi tak dapat nak tunjuk.Tak ketinggalan jugak babak patriortik [betul ke eja ni?] Neelofa nyanyi atas van, dah paling cool sekali.


Tak de siapa mampu buat macam Neelofa buat

Nenek kepala berbulu pun ada la, ni paling akak Poo suka sekali, kalau tiap kali nenek kepala berbulu ni menjelma je mesti makian dicurahkan, berbakul-bakul la tak tipu punya LOL!


Nenek kepala berbulu diminati akak Poo LOL!

Promosi MLM pun ada jugak dalam Azura 2012 ni, memang style la Erma Fatimah jadi makcik MLM. Lepas ni MLM bakal menigkat balik la kat bak kata orang macam cindawan tumbuh lepas hujan, korang tunggu je. Adele? dia pun tak terketinggalan nak masuk dalam Azura 2012 ni, sebab tu la dia boleh menang 6 Grammy Awards tahun ni, ini semua sebab muncul dalam Azura 2012 walau satu seance. 


Tang rambut tu paling Adele sekali, sebijik. Tak tipu

Boleh kata macam-macam la ada dalam filem Azura 2012 ni, dengan lakonan yang macam nak kena pukul pun ada, cemuhan tak payah cerita la kan. Tapi yang paling tak faham kenapa ada orang yang boleh menangis tengok cerita ni? padahal, entah tak tahu nak cakap macam mana, bak kata akak Poo dan si kepit Own yang berbunyi lebih kurang begini:

"jalan cerita hancur, berterabur bersepai plus the worst movie ever"

Serious cakap, memang worst gila cerita ni dan siapa yang puji tu memang saja nak mengampu nak dapat reply tweet dari Neelofa semata-mata, Puiii!. Aku mengkritik dengan ikhlas dari dalam lubuk hati apa yang aku rasa. No wonder la kan masa aku tengok movie ni tak ade sesape pun tengok cerita ni, yang tengok pun just dua baris paling atas, yang lain kosong. Walaupun aku dapat tiket free tapi aku still rasa menyesal tengok cerita Azura 2012 ni, kalau beli lagi la tak tahu menyesal macam mana kan, hempok kepala dekat batu aku rasa sampai pecah. Cuma yang best nya dapat dua pop-corn dengan dua air free tu je la, lain? sangat Puiii! WORST! SUCK!, kalau boleh please la jangan tengok [nasihat]. Filem SENARIO pun lagi best 10x ganda la. Aku bukan la haters Neelofa tapi aku cuma tak berminat, itu je. 

Sesape nak OST Azura 2012 boleh la PM aku ye, aku nak let-go free

OST Azura 2012


Say Hi to Neelofa

Azura 2012, Puiii!

0 comments:

Post a Comment