Wednesday 22 February 2012

PENGANGGURAN Itu Seronok?

Bila mana perkataan PENGANGGURAN disebut pasti ia akan dikaitkan atau didefinasikan sebagai TANAM ANGGUR BELAKANG RUMAH, betul? Ya, ia sudah pasti. Mana-mana pergi atau bertanya pasti jawapan dan definasi yang sama akan keluar dari mulut setiap dari mereka. Maka itulah yang terjadi kepada aku si geraduan yang sudah hampir 5 bulan mengalami krisis pengangguran atau lebih English disebut JOBLESS kerana orang sekarang mana main melayu-melayu semua ni, masing-masing trend nak barat saja kan. Dengan keadaan sebagai pengangur ni aku rasa macam kehidupan ini tiada masa hadapan, bila melihat sana sini orang berkerja tapi aku duduk dirumah bersahaja. Nak kata masa hadapan gelap? tidak juga, result aku cemerlang juga [up diri sendiri], mungkin belum tiba masa untuk aku berkerja atau rezeki belum tiba lagi [bak kata orang ramai]. Tapi benar, rezeki masing-masing sudah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T sejak dialam roh lagi sebelum ditiupkan ke jasad kita dan dilahirkan ke dunia ini lagi. Makanya jalan kehidupan ini sudah ditentukan dan hanya kita perlu ada keinginan, kayakinan, ibadah, doa dan usha untuk mendapatkan apa yang telah ditentukan-Nya. Tapi kalau duduk dan berserah saja tiada guna juga, benda bukan datang bergolek sampai bawah tapak kaki kita, semua kena ada usaha dan pengorbanan baru sesuatu benda itu akan datang.

Berbalik kepada kehidupan aku sebagai seorang penganggur yang mana sudah hampir 5 bulan ini, ia manjadi satu persoalan disebalik sudut fikiran aku yang sudah lama tidak berfungsi aktif ini, adakah PENGANGGURAN Itu Seronok?. Jawapan nya mudah, boleh di-describe dengan hanya satu perkataa saja iaitu TIDAK! atau English-nya SUCK!, mudah kan? Told yah




Menganggur gaya k-pop, macam Jason Mraz pun ada jugak.


Ok ada "tapi" disebalik jawapan yang diberi. Kadang-kadang rasa seronok juga jadi penganggur ni sebab boleh beristirehat sepenuhnya serta bergoyang kaki sesuka hati dan tiada bebanan hendak difikirkan, kepala pun tak lah botak tengah. Paling-paling pun kena kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, kemas laman dan bagi kucing makan, itu saja. Makan pun ditanggung "fama", itu yang dari kurus pun boleh jadi gemok membelon sebab hati senang, perut terbela bahagia. Takat jadi penganggur ni baru 10kg berat badan naik, boleh usha naikkan lagi, macam ada peluang cerah kalau dilihat dari sudut lengkungan perut. Tetek pun dah mula melayut, elok dah kalau pakai bra budak sekolah rendah baru nak meningkat remaja.




Seluar Track aku dah macam sarung nangka.


Kalau nak kata aku duduk rumah bersahaja tak mencari kerja, tak jugak sebab dah banyak tempat aku email resume tapi masih senyap je, status aku masih lagi penganggur. Cuba juga cari kerja sambilan dekat alamanda tapi tak dapat jugak, yang dapat semua budak sekolah dengan budak baru habis SPM, aku ni habis Degree dorang tak nak pilih pulak. Memang jadi persoalan besar la disitu kan. Kecewa gila rasa sebab kalah dengan budak sekolah tak dipilih berkerja. Kocek ni makin lama makin kering, kerja sambilan tak dapat apatah lagi kerja tetap kan, memang lagi susah la tapi aku masih lagi berusha mencari kerja tetap sampai bengkak mata la mengadap laptop. Lama lagi aku duduk rumah boleh jadi dungu jugak sebab otak tidak berfungsi lancar, karat gila. 



Smart kan mata bengkak.


Disebalik pengangguran aku ada kerja tetap sebagai driver budak-budak ke sekolah, itu memang kerja tetap aku bila ada dekat rumah setiap kali cuti. Pagi, tengah hari dan petang memang masa tetap diperuntukkan untuk kerjaya driver aku. Seronok jugak jadi driver ni sebab tekan minyak kawal staring je dah cukup dan sampai destinasi. Tapi bila sampai satu tahap tu mesti bosan jugak sebab nak kena tunggu budak keluar sekolah ditambah dengan jam lagi, dah macam apa nak melayan ahso-ahso bawak kereta macam haram pick anak sekolah. Seriously cakap la kan, ahso dengan apek bawak kereta memang macam cibai, lagi-lagi dekat area Seri Kembangan, memang tahap la kalau bawak kereta dekat sana. Mulut memang nak memaki je [FU FU FU FUUU<--- gaya mencarut].



Bas sekolah ni smart sebenarnya.


Walaupun ada kerja sampingan seperti jadi driver, suri rumah dan sebagainya, tapi perasaan bosan masih ada kerana berstatuskan PENGANGGUR, itu yang paling tidak menarik sebab duit kocek yilek. Kalau belajar usah gusar tentang duit kerana tiap-tiap bulan masuk, makanya hendak membeli belah senang. Ini nak beli apa pun tak boleh [nada hampa dan kecewa]. Bila tahap bosan melanda memang lapar, jadi makanan akan menjadi mangsa utama la, tu pasal makin gemok.




Layan SUBWAY sepam dua dulu.


Oleh sebab itu, aku akan tetap terus berusha mencari kerjaya supaya aku berjaya dah masa depan tidak menjadi gelap gelita dan bertongkatkan sebatang lilin saja. Makanya usaha mencari kerja, google, email email email dan email email email lagi sampai aku dipanggil interview dah terus berkerja. Ada nama aku dekat mana-mana tu cuma belum tiba masa je, bila yiba masa, Title PENGANGGUR? hah dah boleh disimpan dalam laci la lepas tu. 








Say hi but then say bye! 

2 comments:

Farrah_Anuar said...

Aku doakan ko murah rezeki dapt keja yg mables! + boleh belanja aku subway pulak!

LELAKI INI said...

terima kasih ye makcik..
harap-harap pakcik segera dapat kerja..
amin :)

Post a Comment