Monday 5 March 2012

Keretapi Sarong


25th FEB 2012
Hari untuk keluar berjalan sambil memakai sarung/kain pelekat/kain batik. Berkumpul ramai-ramai di KFC KL Central kemudian berjalan menaiki train menuju ke KLCC dan beriadah disana. FUN Day! Flashmob!

Pukul 4 gather dekat KFC KL Central lepas tu ramai-ramai naik train buat flashmob!


Posing sexy dulu!



Storm troopers STAR WARS datang KL dol!


Party tabla dulu dekat Ampang Park!



Hi!


Gegirl in the house!


Saya orang JOHO!


Sampai KLCC ini la hasilnya!


Gaya gadis sunti!



Opsssi! Tolong bogelkan saya!


Lelaki Melayu terakhir!




Pelbagai kaum di Malaysia! 1 Malaysia!


Wooooo!


Smile for the camera! 


Serious sangat, Letih katanya!

Bye!




p/s: ade beberapa gamba dicuri dari blog orang lain :)

Wednesday 22 February 2012

Azura 2012

Seperti yang telah sedia maklum bahawa filem Azura 2012 telah ditayangkan pada 2/2/2012 di Malaysia, Singapore and Brunei. Diarahkan oleh Aziz M.Osman. Dibintangi oleh Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki, Erma Fatima dan yang lain-lain. 


Trailer filem Azura 2012




Secara official-nya aku telah terjebak menonton filem Azura 2012 ni dekat GSC One Utama pada 11/2/2012. 




Tiket menjadi bahan bukti LOL!


Aku pun tak tahu macam mana aku boleh ada keinginana nak tengok cerita ni, sebab sebelum-sebelum ni aku memang kurang tengok cerita melayu dekat panggung, ada la 2 atau 3 kalai aku tengok cerita melayu dekat panggung tapi yang selebihnya aku tengok cerita melayu dekat laptop saja. Mungkin keinginan nak tengok cerita ni datang pabila melihat tweet akak Poo [bukan nama sebenar] yang menawarkan tiket free yang berbunyi lebih kurang begini 


"ada 18 lagi tiket free Azura 2012 untuk di let-go, sesiapa yang berminat sila la reply tweet saya"

Tambahan pulak peminat "luar biasa" Neelofa memanjang tweet dekat dia cakap cerita Azura best gila la apa la, meleleh air mata la, terbaik la dan macam pujian lagi, maka itu mungkin menjadi 1 dorongan bagi aku untuk menonton jugak. Aku pulak tengah bosan tahap mengundang masa tu, so terus la reply tweet akak Poo tanpa rasa bersalah yang berbunyi lebih kurang begini:


 "weh Poo, aku nak 1 tiket, save untuk aku ye"

Beberapa ketika kemudian akak Poo reply tweet aku balik yang berbunyi lebih kurang begini:

"ko siyes ke weh, kalau siyes aku simpankan tok ko"

Aku selamba la reply balik dengan bunyi yang begini lebih kurang la:

"ye aku siyes, ko simpankan untuk aku 1"

Maka akak Poo pun terus la simpan tiket untuk aku, dalam masa yang sama si kepit Own [bukan nama sebenar] pun nak tengok jugak Azura 2012 ni, terus aku ada geng laki nak tengok sama. Tapi sebenarnya macam tak percaya jugak yang aku ni akan menonton filem Azura 2012 tu, macam dalam mimpi je rasa. tapi tak mengapa lah sebab kalau dah berjanji kena ditepati kalau tak nanti kena menganjing pulak kan.Itu yang kita nak cuba amalkan dan elakkan. TEPATI JANJI DAN ELAK DIHANJING

Hari tontonan tiba, ingatkan dapat tiket free je tapi dapat pop-corn dengan cd OST Azura jugak la gila


Kami menang Azuraaa! dah macam kami menang motor iklan Power root dah, so LOL! 

Start je filem Azura 2012 maka mula lah pembicaraan. Starting cerita Azura 2012 terus dengar makian coz dah macam cerita Disneyland yang manamplikan Neelofa / Azura yang sexy sambil berbaring bersama patung monyetnya mengejar bintang, tak tahu la sama ada dia berangan nak jadi angkasawan atau apa kan tapi memang cartoon habis la. Perjalan cerita dia macam biasa la mengisahkan kehidupan antara dua darjat, satu miskin dan lagi satu kaya gila kalah toke balak. Tapi yang penting cerita dekat Paris, jangan main gila la kan, kawin pun dekat paris jugak siap ada silat tu yang tak faham tu, tapi bagus jugak la kan ada la budaya melayu bawak ke negara orang, good job! 


Paris kan, Eiffel Tower kot belakang tu, korang hado? 

Babak yang menarik dalam filem Azura 2012 bila camre tunjuk gambar Aflin Shauki dengan Dr.Rozmey, cendawan-cendawan dia pun dapat masuk filem Azura 2012 la gila. lagi satu gambar fotoshop Ogy Mat Daud dengan Faiza husin dekat Mekkah, memang paling awesome cakap dekat korang LOL!. Tapi malangnya gambar diorang tak jumpa dalam google image la jadi tak dapat nak tunjuk.Tak ketinggalan jugak babak patriortik [betul ke eja ni?] Neelofa nyanyi atas van, dah paling cool sekali.


Tak de siapa mampu buat macam Neelofa buat

Nenek kepala berbulu pun ada la, ni paling akak Poo suka sekali, kalau tiap kali nenek kepala berbulu ni menjelma je mesti makian dicurahkan, berbakul-bakul la tak tipu punya LOL!


Nenek kepala berbulu diminati akak Poo LOL!

Promosi MLM pun ada jugak dalam Azura 2012 ni, memang style la Erma Fatimah jadi makcik MLM. Lepas ni MLM bakal menigkat balik la kat bak kata orang macam cindawan tumbuh lepas hujan, korang tunggu je. Adele? dia pun tak terketinggalan nak masuk dalam Azura 2012 ni, sebab tu la dia boleh menang 6 Grammy Awards tahun ni, ini semua sebab muncul dalam Azura 2012 walau satu seance. 


Tang rambut tu paling Adele sekali, sebijik. Tak tipu

Boleh kata macam-macam la ada dalam filem Azura 2012 ni, dengan lakonan yang macam nak kena pukul pun ada, cemuhan tak payah cerita la kan. Tapi yang paling tak faham kenapa ada orang yang boleh menangis tengok cerita ni? padahal, entah tak tahu nak cakap macam mana, bak kata akak Poo dan si kepit Own yang berbunyi lebih kurang begini:

"jalan cerita hancur, berterabur bersepai plus the worst movie ever"

Serious cakap, memang worst gila cerita ni dan siapa yang puji tu memang saja nak mengampu nak dapat reply tweet dari Neelofa semata-mata, Puiii!. Aku mengkritik dengan ikhlas dari dalam lubuk hati apa yang aku rasa. No wonder la kan masa aku tengok movie ni tak ade sesape pun tengok cerita ni, yang tengok pun just dua baris paling atas, yang lain kosong. Walaupun aku dapat tiket free tapi aku still rasa menyesal tengok cerita Azura 2012 ni, kalau beli lagi la tak tahu menyesal macam mana kan, hempok kepala dekat batu aku rasa sampai pecah. Cuma yang best nya dapat dua pop-corn dengan dua air free tu je la, lain? sangat Puiii! WORST! SUCK!, kalau boleh please la jangan tengok [nasihat]. Filem SENARIO pun lagi best 10x ganda la. Aku bukan la haters Neelofa tapi aku cuma tak berminat, itu je. 

Sesape nak OST Azura 2012 boleh la PM aku ye, aku nak let-go free

OST Azura 2012


Say Hi to Neelofa

Azura 2012, Puiii!

PENGANGGURAN Itu Seronok?

Bila mana perkataan PENGANGGURAN disebut pasti ia akan dikaitkan atau didefinasikan sebagai TANAM ANGGUR BELAKANG RUMAH, betul? Ya, ia sudah pasti. Mana-mana pergi atau bertanya pasti jawapan dan definasi yang sama akan keluar dari mulut setiap dari mereka. Maka itulah yang terjadi kepada aku si geraduan yang sudah hampir 5 bulan mengalami krisis pengangguran atau lebih English disebut JOBLESS kerana orang sekarang mana main melayu-melayu semua ni, masing-masing trend nak barat saja kan. Dengan keadaan sebagai pengangur ni aku rasa macam kehidupan ini tiada masa hadapan, bila melihat sana sini orang berkerja tapi aku duduk dirumah bersahaja. Nak kata masa hadapan gelap? tidak juga, result aku cemerlang juga [up diri sendiri], mungkin belum tiba masa untuk aku berkerja atau rezeki belum tiba lagi [bak kata orang ramai]. Tapi benar, rezeki masing-masing sudah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T sejak dialam roh lagi sebelum ditiupkan ke jasad kita dan dilahirkan ke dunia ini lagi. Makanya jalan kehidupan ini sudah ditentukan dan hanya kita perlu ada keinginan, kayakinan, ibadah, doa dan usha untuk mendapatkan apa yang telah ditentukan-Nya. Tapi kalau duduk dan berserah saja tiada guna juga, benda bukan datang bergolek sampai bawah tapak kaki kita, semua kena ada usaha dan pengorbanan baru sesuatu benda itu akan datang.

Berbalik kepada kehidupan aku sebagai seorang penganggur yang mana sudah hampir 5 bulan ini, ia manjadi satu persoalan disebalik sudut fikiran aku yang sudah lama tidak berfungsi aktif ini, adakah PENGANGGURAN Itu Seronok?. Jawapan nya mudah, boleh di-describe dengan hanya satu perkataa saja iaitu TIDAK! atau English-nya SUCK!, mudah kan? Told yah




Menganggur gaya k-pop, macam Jason Mraz pun ada jugak.


Ok ada "tapi" disebalik jawapan yang diberi. Kadang-kadang rasa seronok juga jadi penganggur ni sebab boleh beristirehat sepenuhnya serta bergoyang kaki sesuka hati dan tiada bebanan hendak difikirkan, kepala pun tak lah botak tengah. Paling-paling pun kena kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, kemas laman dan bagi kucing makan, itu saja. Makan pun ditanggung "fama", itu yang dari kurus pun boleh jadi gemok membelon sebab hati senang, perut terbela bahagia. Takat jadi penganggur ni baru 10kg berat badan naik, boleh usha naikkan lagi, macam ada peluang cerah kalau dilihat dari sudut lengkungan perut. Tetek pun dah mula melayut, elok dah kalau pakai bra budak sekolah rendah baru nak meningkat remaja.




Seluar Track aku dah macam sarung nangka.


Kalau nak kata aku duduk rumah bersahaja tak mencari kerja, tak jugak sebab dah banyak tempat aku email resume tapi masih senyap je, status aku masih lagi penganggur. Cuba juga cari kerja sambilan dekat alamanda tapi tak dapat jugak, yang dapat semua budak sekolah dengan budak baru habis SPM, aku ni habis Degree dorang tak nak pilih pulak. Memang jadi persoalan besar la disitu kan. Kecewa gila rasa sebab kalah dengan budak sekolah tak dipilih berkerja. Kocek ni makin lama makin kering, kerja sambilan tak dapat apatah lagi kerja tetap kan, memang lagi susah la tapi aku masih lagi berusha mencari kerja tetap sampai bengkak mata la mengadap laptop. Lama lagi aku duduk rumah boleh jadi dungu jugak sebab otak tidak berfungsi lancar, karat gila. 



Smart kan mata bengkak.


Disebalik pengangguran aku ada kerja tetap sebagai driver budak-budak ke sekolah, itu memang kerja tetap aku bila ada dekat rumah setiap kali cuti. Pagi, tengah hari dan petang memang masa tetap diperuntukkan untuk kerjaya driver aku. Seronok jugak jadi driver ni sebab tekan minyak kawal staring je dah cukup dan sampai destinasi. Tapi bila sampai satu tahap tu mesti bosan jugak sebab nak kena tunggu budak keluar sekolah ditambah dengan jam lagi, dah macam apa nak melayan ahso-ahso bawak kereta macam haram pick anak sekolah. Seriously cakap la kan, ahso dengan apek bawak kereta memang macam cibai, lagi-lagi dekat area Seri Kembangan, memang tahap la kalau bawak kereta dekat sana. Mulut memang nak memaki je [FU FU FU FUUU<--- gaya mencarut].



Bas sekolah ni smart sebenarnya.


Walaupun ada kerja sampingan seperti jadi driver, suri rumah dan sebagainya, tapi perasaan bosan masih ada kerana berstatuskan PENGANGGUR, itu yang paling tidak menarik sebab duit kocek yilek. Kalau belajar usah gusar tentang duit kerana tiap-tiap bulan masuk, makanya hendak membeli belah senang. Ini nak beli apa pun tak boleh [nada hampa dan kecewa]. Bila tahap bosan melanda memang lapar, jadi makanan akan menjadi mangsa utama la, tu pasal makin gemok.




Layan SUBWAY sepam dua dulu.


Oleh sebab itu, aku akan tetap terus berusha mencari kerjaya supaya aku berjaya dah masa depan tidak menjadi gelap gelita dan bertongkatkan sebatang lilin saja. Makanya usaha mencari kerja, google, email email email dan email email email lagi sampai aku dipanggil interview dah terus berkerja. Ada nama aku dekat mana-mana tu cuma belum tiba masa je, bila yiba masa, Title PENGANGGUR? hah dah boleh disimpan dalam laci la lepas tu. 








Say hi but then say bye! 

Wednesday 16 November 2011

Gadis Versus Kawan



Hah reti pulak nak tegur kan? reti pulak ingat dekat kawan kan? ingatkan asik nak duduk mengadap tengok muka gadis je sepanjang masa.

Bila dah ada gadis batang hidung pun susah nak nampak, nak tegur kawan pun tak ada, jalan rumah kawan pun boleh kata terus lupa la.

Bila ada gadis sekali pun tak pernah nak call or msg kawan, nak ajak lepak or keluar? lagi la haram.

Bila ada gadis number phone kawan terus lupa, macam tak pernah wujud dalam phone tu number dan nama kawan.

Bila ada gadis nak tanya kabar kawan memang tak pernah ada la, kalau ada pun mungkin sekali atau dua kali dalam setahun.

Bila ada gadis kawan ajak keluar tak pernahnya senang, memanjang sibuk saja, dah mengalahkan perdanan menteri, tapi dengan gadis masa tu sentiasa terluang.

Bila ada gadis kawan msg tak pernah nak replay, kalau replay pun amik masa sehari dua tak pun seminggu, tapi kalau gadis yang msg jangan cakap la, bunyi sesaat, sesaat kemudian dah balas, laju tak laju la balas msg gadis.

Bila ada gadis muka kawan ni nak tengok pun tak lalu.


TAPI


Bila gadis tak ada, kawan ni la yang dicari cari, kawan ni la yg dicall dimsg bagai.

Bila gadis tak ada, kawan ni la tiap tiap minggu teman melepak berjalan bagai, dah macam belangkas kesana kemari.

Bila gadis tak ada mula lah jadi la bosan, jadi tak keruan, mula la cari number kawan dalam phone tu nak ajak keluar kesana kesini, melepak sepanjang hari, berdating berwayang bagai.

Bila gadis tak ada tak payah kta msg dia sendiri pandai msg, tak payah nak tunggu dia tahu mana nak cari kawan.

Bila gadis tak ada dia tahu jalan menuju ke rumah kawan, tak payah kita berjanji tapi dia yang set janji ngan kita.

Bila gadis tak ada kawan ini lah yang menjadi teman sahabat sejati kemana saja.


BUKAN

Bukan nak mengharap ingat dekat kawan tapi sekurang kurannya hargailah kawan, jangan di tinggal terus kawan disebabkan gadis. 
Kawan memang tak boleh bawak jadi bini, tak boleh sehidup semati tapi kalau dihargai sejuk lah sikit hati ni.
Tapi jangan lah risau, kawan ni tak akan balas apa yang telah terjadi. 
Kita kawan tetap kawan.
Tapi janganlah menggunakan kawan hanyan untuk menghilangkan kebosanan diri saja, kawan jugalah tempat kita meminta tolong bila kesusahan nanti selain dari keluarga sendiri.

Bukan gadis saja ada hati dan perasaan untuk dicintai, disayangi, dihargai tapi kawan juga ada hati dan perasaan yang sama.

INGAT!

RINDU


I miss the moment

I miss the moment we olls together
I miss the moment we share the laughter
I miss the moment we eat together
I miss the moment we share the food
I miss the moment we play DoTA
I miss the moment we scold each other because of game
I miss the moment when I made u merajuk and u muncung itik
I miss the moment u merajuk and I have to pujuk
I miss the moment we sleep together
I miss the moment we share the pillow
I miss the moment we bahan membahan
I miss the moment we hang out
I miss the moment we play football
I miss the moment we play in the class
I miss the moment we have been scolded by the lecturer
I miss the moment we studied together for final exam
I miss the moment we make fool and fun of people
I miss the moment we bahan the girl "hey! Ketiak ko basah!"
I miss the moment we go to taiping
I miss the moment we convoy to penang
I miss the moment we convoy to langkawi
I miss the moment we do stupid things
I miss the moment we played stupid game called "teke putting"
I miss the moment when we fighting for a silly thing
I miss the moment we eat durian
I miss the moment u and I manja manja
I miss the moment when we’ve called adik beradik and adik tiri
I miss the moment when we like one big family together

I miss a lot of things with uolls guys!



Thursday 9 June 2011

KUL - DEL

04 JUNE 2011,
KUL - Persiapan barang untuk ke LCCT, bergerak dari rumah sebelum zohor dalam pukul 12PM,berhenti solat zohor dekat masjid KLIA pukul 145PM,jalan sesak masa otw nak ke LCCT dan sampai dalam pukul 215PM. Tunggu nak drop beg pukul 3PM,jadi bantai makan KFC dinner plate RM20,mahal gila! tunggu nak check-in pulak,memang membosankan,dalam pukul 440PM baru check-in,lupa pulak nak beli makanan untuk makan dalam flight,belila dekat dalam tempat check-in,roti dengan mentos harga biasa tapi air mineral 600ML boleh bantai jual RM3 sebotol,macam haram! pukul 530PM panggilan untuk menaiki flight berbunyi 'perhatian kepada penumpang yang menaiki pesawat D7 2506 ke DELHI,sila bersedia di pintu T18 untuk menaiki pesawat'. Berjalan menuju ke pesawat,seronk! flight penuh dengan orang india tidak kurang jugan pelancong lain dan pelancong malaysia,tapi tetap terasa seperti orang asing dalam flight LOL! jalan dalam pesawat mencari seat 25D,duduk sebelah pasangan france,wuhuu! tp seat economy AirAsia-X same saja dgn seat Transnasional,kecik dan sempit,damn! 540PM,oh perasaan sangat teruja bila bila pesawat sudah bergerak memecut dan terbang tinggi ke awan menuju ke india,OH INDIA I'M COMING!. Flight yang mengambil masa lebih kurang 5 jam penerbangan untuk sampai ke india,kaki lenguh dan kebas duduk dlm pesawat yg sempit serta bontot kematu. Bosan duduk dalam pesawat sebab hp off,mp3 lupa bawak,jadi tidur saja yang boleh,tapi itu pun tak boleh nak tidur sangat sebab budak kecik memekak dan menangis,memang tahap la,tup tup orang sebelah on lappy main game sim city,termenung saje tengok organg sebelah main game,aduh bosan! last last main sudoku dengan word search saja dari majalah yang ada dlm flight,dapat tengok luar,peh! memang sangat cantik pemandangan di atas awan. Lebih kurang pukul 1010PM,pesawat telah masuk ruang uadara india,dalam pukul 1030PM pesawat landing di lapangan terbang india,flight attendance membuat pengumuman 'kini kita sudah sampai di lapangan terbang indra ghandi,NEW DELHI-INDIA,terima kasih kerana besama sama dengan kami,semoga berjumpa lagi'.

4 JUNE 2011,
DEL - Berjalan keluar pesawat dan waktu di new delhi dalam pukul 816PM,beza waktu india dengan malaysia lebih kurang 2 jam setengah. Jalan ke kaunter check pasport,beratur,bial sampai kaunter pakcik kaunter mintak pasport dengan style tepuk tepuk meja saja,muka memang habis kerek,kelakar habis LOL!. Keluar airport dan terus cari teksi,kali ni pulak pakcik kaunter tiket teksi pulak buat megic,harga naik teksi Rs350,bagi Rs1K atas meja tup tup duit tukar jadi Rs500,dapat baki Rs150 saja,ok jadi blur kejap sebab tak tahu nak buat apa,1st time datang tempat orang [PENGAJARAN: jangan bagi duit nilai besar dekat orang india,pasti akan ditipu dan di magic]. Dapat naik teksi rare dan old skol,orang india bawak kereta memang maut,dari 2 lane dia-orang boleh buat jadi 4 lane dan menyelit paling power,side mirror lipat kedalam terus,tak payah guna,main honk honk sudah,siap belakang kereta tulis 'HONK PLEASE!',memang kelaka LOL! driver teksi cuba berkomunikasi tapi bantai cakap hindustan,sepatah haram tak paham,cakap english pulak tora-tora [sikit-sikit],boleh la janji sampai LOL!. Dalam pukul 930PM sampai ke destinasi yang dituju,NIZAMUDDIN. Ramai orang dan disambut dengan baik,diberi makan nasi biriyani kambing dan roti nan,fhoop! Pukul 1145PM tidur,pukul 4AM sudah bangun solat subuh,badan terasa penat sebab travel dan penyesuaian suhu badan dilakukan. Waktu siang lebih panjang daripada malam di india.

Thursday 12 May 2011

Ingatan Lama

Duduk diatas bangku,
Menongkat dagu mendongak kelangit,
Buah fikiran melayang diawangan,
Ingatan masa lalu bermain kembali,
Terbayang suasana kita berasama-sama,

Meriah,
Harmoni,
Mesra,
Sunyi,
Sedih,
Buntu,
Bingung,
Serasi,
Matang,
Bodoh,
Kecoh,
Gadoh,
Benci,
Sayang,
Maki,
Sopan,
Tekanan,
Gembira,
Manja,
Makan,
Bermain,

Oh, rindu sudah mula menusuk kalbu,
Semua ingatan lama berlegar dibuah akal fikiran,
Sebak dada ini,
Bertakung air mata,
Senyuman lebar terukir diwajah,
Perasaan sedih dan gembira bercampur,
Rindunya saat manis itu, 
Walaupun hanya sementara,
Akan dibawa sehingga hari tua,

Ingatan lama tidak akan kembali,
Hanya memory akan menjadi pengubat rindu hati sanubari,
Semoga kita berjumpa lagi dan bertemu kembali.

KAWAN!